SPR sahkan GRS menang 37 kerusi

0
4

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi secara rasmi mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 37 kerusi sehingga jam 11.30 malam.

Kedudukan itu sekali gus membolehkan GRS membentuk kerajaan negeri yang baharu dengan majoriti mudah 37 kerusi yang diperlukan daripada 73 kerusi dipertandingkan.

Jumlah itu berdasarkan keputusan rasmi yang diperoleh daripada 65 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala baki lapan kerusi akan diumumkan kemudian.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) 14 dan Parti Bersatu Sabah enam kerusi.

Katanya, Parti Warisan Sabah (Warisan) setakat jam 11.30 malam tadi memenangi 24 kerusi, Bebas (dua kerusi), manakala PKR dan UPKO masing-masing satu kerusi. – Malaysiapost