Ana Farhana, Ismail dicari untuk saksi kes bunuh

0
2

DUA individu kini sedang dikesan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan bagi saksi perbicaraan satu kes bunuh di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 11 hingga 14 April ini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata saksi berkenaan adalah Ana Farhana Musa, 34 serta suaminya Ismail Santaro, 37, yang alamat terakhir mereka adalah di Ladang Bukit Mas, Jalan Jeroco, Hup Seng Plantation Sdn Bhd.

“Kedua-dua saksi ini diminta tampil untuk membantu memberikan keterangan bersabit kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berlangsung selama empat hari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung pasangan suami isteri berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Razali Basa di talian 089-561890 atau 019-6217357 atau di mana-mana balai polis berhampiran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here