Lelaki Malaysia ditemui mati dalam ladang ganja di Australia

0
2

SEORANG lelaki warga Malaysia dijumpai mati di kawasan luar bandar di barat laut Bathurst di New South Wales, kelmarin.

Berita kerajaan melaporkan mayat dipercayai ‘Jacky’ Chong Kai Wong itu ditemui kira-kira jam 3.30 petang oleh pasukan penyiasat selepas mereka memulakan pencarian di kawasan luar bandar Killongbutta.

Chong dipercayai mati di antara 25 Disember 2020 dan 8 Januari 2021, lapor Malaysiakini yang memetik berita 9news.

Bagaimanapun, polis mendakwa mayat itu belum dikenal pasti secara rasmi, tetapi percaya ia adalah lelaki berusia 24 tahun yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Pemeriksaan forensik dan ujian DNA dilakukan sejurus mayat dijumpai.

Polis tempatan mendakwa Chong terlibat dalam jenayah terancang pada masa kematiannya.

Sementara itu tiga lelaki berusia 33, 22 dan 28 tahun ditahan dan sudah didakwa di mahkamah kerana membunuh Chong.

Pada 2021, polis yang menjalankan siasatan mengenai sindiket jenayah menghasil dan membekalkan dadah mendapati, seorang warga Malaysia yang dipercayai terbabit telah menghilangkan diri.

Kelmarin polis mendapat waran geledah dan membuat pemeriksaan di sebuah kawasan luar bandar di Killongbutta, barat laut Bathurst. Kawasan terbabit didakwa digunakan sebagai ladang penanaman ganja.

Hasil siasatan mendapati kawasan berkenaan dipenuhi antara 500 hingga 1,000 pokok ganja yang bertujuan untuk dikomersialkan.

“Terdapat bukti beberapa penanaman telah dilakukan di Killongbutta,” kata pegawai polis, Supt John Watson.

Watson juga mendakwa pembunuhan itu berlaku di ‘ladang penanaman ganja’ dan dipercayai ada kaitan dengan isu ‘kewangan’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here