23 tahun kemudian, PKR jelas bukan ‘parti nyamuk’

0
3

Fahmi Fadzil

DARI sebuah parti yang dipanggil “parti nyamuk” oleh pemerintah, KEADILAN (PKR) telah memenangi jumlah kerusi berikut:

1999 (PRU10): 5 kerusi
2004 (PRU11): 1 kerusi (Dr Wan Azizah Wan Ismail!)
2008 (PRU12): 31 kerusi
2013 (PRU13): 30 kerusi
2018 (PRU14): 48 kerusi
Pasca Langkah Sheraton: 36 kerusi

Banyak yang telah KEADILAN tempuhi, dari penangkapan para demonstran reformasi, penindasan begitu ramai aktivis dan anggota parti, kekalahan pada pelbagai PRU dan PRK, pemenjaraan Anwar Ibrahim, pengkhianatan… ranjau sepanjang jalan.

Namun KEADILAN juga telah tempuhi pelbagai kemenangan dan kejayaan. Pada PRU14, KEADILAN telah perolehi jumlah kerusi tertinggi dalam Pakatan Harapan. KEADILAN juga telah memberikan negara kita Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama. KEADILAN juga telah menjadi sebuah parti dengan 1.2 juta anggota, dengan Cabang di setiap bahagian Parlimen, dan dengan wakil rakyat di setiap negeri. Semua ini tidak dapat dinafikan.

23 tahun kemudian, jelas KEADILAN bukan “parti nyamuk”. We are here to stay. Lebih dari itu, we are here to move Malaysia forward.

Banyak dari agenda reformasi yang diangkat parti telah kita saksikan di Selangor dan Pulau Pinang (yang ditadbir sejak 2008), dan mula kita lihat di Negeri Sembilan. 22 bulan di Putrajaya – terutama bila Pakatan Harapan turut dikhianati musuh-musuh dalam selimut, gunting-gunting dalam lipatan – bukan masa yang cukup atau adil untuk membuktikan keupayaan.

KEADILAN dan Pakatan Harapan akan terus pertingkatkan usaha untuk menjadi suara rakyat, memahami nadi rakyat, dan perjuangkan nasib serta mengangkat martabat rakyat.

We will never surrender, we will never give up!

Selamat ulangtahun ke-23 buat Parti Keadilan Rakyat!

Penulis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Pengarah Komunikasi PKR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here