Ahli Parlimen PKR, PH sedia bahas sokong RUU Anti Lompat Parti

0
2

SEMUA Ahli Parlimen PKR dan Pakatan Harapan (PH) bersiap sedia untuk berbahas dan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti menerusi sidang khas Dewan Rakyat pada 11 April ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sekurang-kurang 148 Ahli Parlimen perlu menyokong untuk membolehkan Akta Lompat Parti terpakai.

Berikutan itu, katanya, pagi ini beliau dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen memberi taklimat kepada semua Ahli Parlimen PKR berhubung perkara tersebut.

“Menemani saya bersiaran dari pejabat parti ialah William Leong (Ahli Parlimen Selayang). Taklimat sebagai persiapan sidang khas Parlimen 11April 2022 untuk membahas RUU Anti Lompat Parti.

“Saya mengetuai parti dan PH dalam Jawatankuasa MOU, manakala Wong Chen, William dan R Sivarasa menduduki Jawatankuasa Teknikal yang bertanggungjawab memberi input dan idea sehingga draf akhir ini dihasilkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here