Plaza Tol Skudai tiada lorong Smart Tag tidak benar – PLUS

0
2
at the Plus Malaysia Bhd Media Briefing 4th Lane Widening

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan pihaknya tidak menyediakan laluan transaksi Smart Tag di Plaza Tol Skudai.

PLUS menerusi kenyataan, berkata ia susulan gambar tular di media sosial memaparkan Plaza Tol Skudai hanya beroperasi dengan lorong Touch ‘n Go dan RFID sahaja tanpa lorong SmartTAG.

Menurut PLUS, bermula 21 Januari lalu, Plaza Tol Skudai telah menawarkan ketiga-tiga pilihan mod pembayaran tol iaitu RFID, Touch ‘n Go dan SmartTAG.

“PLUS sentiasa komited untuk terus menyediakan pelbagai mod pembayaran tol kepada pelanggan lebuh raya kami bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan dan seterusnya memberikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar,” menurut kenyataan PLUS di Facebook.

Justeru, PLUS berkata, pihaknya berharap penerangan itu dapat menjelaskan sebarang kekeliruan yang berlaku mengenai mod bayaran RFID di lebuhraya PLUS.

“Kami akan sentiasa berusaha memberi penjelasan atau maklum balas kepada anda secara terbuka dan tepat pada setiap masa.

“Anda juga boleh terus menghubungi kami untuk mengemukakan maklum balas atau pertanyaan agar kami boleh terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda,” katanya

Dalam hantaran sama, PLUS turut menyertakan dua visual Plaza Tol Skudai yang direkodkan pada 2 dan 3 April lalu untuk menjelaskan keadaan semasa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here