Nadia akui malu bawa status janda

0
2

PELAKON Nadia Brian mengakui dia masih malu membawa status janda atau Miss J walaupun sudah hampir setahun bercerai.

Meskipun malu, namun Nadia, 32, tetap reda dengan ketentuan tuhan dan suratan takdir hidupnya.

“Saya tiada rasa bangga atau selesa dengan gelaran ini tetapi seperti yang kita tahu kalau zaman dahulu ia perkara yang memalukan dan tak nafikan saya masih ada rasa malu itu.

“Keluarga saya pun tak mahu ia berlaku terhadap saya tetapi ia sudah terjadi dan kami terima,” katanya dipetik portal Gempak.

Mengulas lanjut, Nadia menjelaskan dia masih menerima tohmahan dan persepsi yang tidak baik berkaitan status ‘Miss J’ yang disandangnya ketika ini.

“Siapa yang nak kahwin kemudian menjadi janda? Sepatutnya kita di tahun 2022 ni tiada lagi orang yang suka mengata atau mendiskriminasi benda ini. Kita tak tahu punca boleh terjadi kepada mereka dan belum jamin lagi masa depan kita bagaimana,” katanya.

Pada 3 April 2021, Nadia yang nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi sah bercerai talak satu dengan suaminya Muizz Nasruddin.

Pasangan yang diijabkabulkan pada 9 November 2019 itu mengambil keputusan membawa haluan masing-masing setelah tiada persefahaman lagi sebagai suami isteri.

Kini, Nadia menjelaskan dia selesa dengan kehidupan solo dan hanya memberikan fokus terhadap kerjayanya.

“Sekarang saya memang mahu fokus terhadap kerja sahaja. Bukan tak nak fikir soal kahwin kerana serik atau apa, cuma saya mahu bagi masa dalam setahun dua lagi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here