18,560 kes harian Covid-19 dilaporkan semalam

0
2

JUMLAH kes harian baharu Covid-19 di Malaysia yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 18,560 kes menjadikan keseluruhan 4,201,919 kes kumulatif sejak wabak berkenaan melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu itu Kategori 1 adalah sebanyak 9,473 kes atau 51.04 peratus, manakala Kategori 2 adalah 8,962 kes atau 48.29 peratus.

“Bagi Kategori 3 pula adalah sebanyak 47 kes atau 0.25 peratus dan Kategori 4 sebanyak 37 kes atau 0.20 peratus, manakala Kategori 5 adalah sebanyak 41 kes atau 0.22 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, daripada 125 kes Covid-19 membabitkan Kategori 3, 4, dan 5 yang dilaporkan semalam, 34 kes adalah tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi.

“50 kes lagi telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak, 41 kes telah menerima dos penggalak, 67 kes berumur 60 tahun dan ke atas dan 66 kes mempunyai komorbid,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 8,253 kes sembuh dilaporkan semalam menjadikan 3,960,082 kes kumulatif yang sembuh setakat ini.

“Jumlah kluster yang dikesan setakat ini adalah 6,932 kluster dengan tiada kluster baharu dilaporkan semalam dan 6,734 kluster telah tamat menjadikan hanya 198 kluster yang masih aktif,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here