Kenyataan palsu dibuat oleh pihak yang ‘goblok’ – Ahmad Maslan

0
2

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan membuat kenyataan media mengatakan Umno memandang serius keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam berkaitan kes saman SRC International Sdn Bhd.

Menurutnya, kenyataan media yang menggunakan logo Umno serta terdapat nama dan tandatangannya itu adalah palsu.

Beliau menegaskan bahawa apa-apa kenyataan yang menggunakan kepala surat Umno dan nama beliau mesti dirujuk kepada media sosial rasminya atau berita di laman web Umno online.

“Jika tiada dalam saluran rasmi itu, maka kenyataan adalah palsu, dan fitnah yang dibuat oleh pihak yang bodoh atau ‘goblok’,” tulisnya di Facebook.

Berdasarkan kenyataan media bertarikh 31 Mac yang tular itu, Umno dikatakan memandang serius keputusan mahkamah menolak permohonan parti itu menggantung prosiding kes saman SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM16 juta.

Kenyataan itu turut mendakwa Umno telah memanggil satu mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) susulan keputusan mahkamah itu – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here