Yasin rayu jaminan untuk rawat penyakit bipolar

0
2

BEKAS penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman mendakwa menghidap penyakit bipolar dan merayu kepada Mahkamah Majistret agar diberikan jaminan.

Yasin, 46, berkata jaminan itu untuk memberikannya peluang merawat masalah kesihatan mentalnya yang semakin terjejas, lapor Malaysia Gazette.

Ketika hadir pendakwaan di Mahkamah Petaling Jaya, Yasin sempat memaklumkan semasa prosiding bahawa kesihatannya terjejas kerana bimbang penyakit bipolar dihadapinya boleh menyerang semula.

“Saya ada diberikan bekalan ubat (semasa ditahan reman) tapi saya perlukan ubat tambahan. Saya khuatir akan crack tiga kali, takut gila seperti sebelum ini,” katanya selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai memberi hujahan di Mahkmah Majistret, Petaling Jaya, hari ini.

Terdahulu Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Selain itu tiada pengakuan direkodkan terhadap bekas penyanyi kumpulan nasyid Brothers itu selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedarkan dadah jenis ganja seberat 214 gram pada 24 Mac lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here