Penulis lirik Lelaki Teragung meninggal dunia

0
3

PENULIS lirik dan bekas wartawan hiburan Harian Metro, Rudy Imran Shamsudin meninggal dunia pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 47 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Semenyih akibat kanser usus.

Harian Metro melaporkan, rakan rapatnya yang juga wartawan hiburan akhbar itu, Sudirman Mohd Tahir berkata Rudy yang sebelum itu dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dibenarkan pulang ke rumah dua hari lalu.

“Dua hari lalu, adiknya menghantar mesej memaklumkan arwah sudah dibenarkan pulang ke rumah. Namun dia meminta supaya perkara itu dirahsiakan,” katanya yang kali terakhir bertemu Rudy ketika menziarahinya di hospital, Januari lalu.

Allahyarham adalah penulis lirik lagu Lelaki Teragung dendangan Dayang Nurfaizah yang dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu ke-31

Allahyarham berpengalaman selama 25 tahun sebagai wartawan hiburan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here