Video pensyarah ditularkan pihak lain, ibu pelajar masih ada?

0
2

PELAJAR yang dimarahi pensyarahnya kerana dikatakan tidak mempunyai komputer riba, dipercayai bukan penyebar video yang tular di media sosial.

Ia berdasarkan hasil laporan siasatan oleh Pengurusan Eksekutif Universiti Teknologi Mara (UiTM), susulan temubual terhadap lima pelajar Cawangan Perak, Kampus Iskandar semalam.

Laporan kronologi itu tular di media sosial sejak malam tadi.

Berdasarkan laporan itu, insiden tersebut berlaku semasa kuliah minggu kelapan, Semester Oktober 2021 – Februari 2022 bagi subjek BCT633 (Construction Economics & Islamic Finance).

Laporan itu menyebut, pelajar yang dimarahi tersebut mengambil jurusan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Pembinaan.

Bapanya tidak bekerja atas sebab tidak dipastikan, manakala ibunya masih ada dan bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.

Dalam video yang tular, pelajar tersebut mendakwa ibunya sudah tiada.

Dia juga mempunyai tiga adik beradik yang mana kakaknya baru sahaja menamatkan pengajian dan memulakan pekerjaan, manakala adiknya sedang menuntut di UiTM Rembau.

Hasil dapatan siasatan mendapati, pelajar tersebut menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti kelas dalam talian kerana komputer peribadinya tidak dibawa bersama ke kampus.

“Pelajar ini telah lulus dalam peperiksaan akhir yang lepas termasuk bagi kod kursus BCT633.

“Video ini bukan direkod dan ditularkan oleh pelajar ini, sebaliknya dirakam dan dikongsi oleh pihak lain sehingga tular di media sosial. Pelajar tidak bersetuju sama sekali atas tujuan video ini ditularkan.

“Mengikut rekod pelajar ini tidak pernah memohon bantuan wang zakat namun memperoleh pinjaman PTPTN,” menurut dapatan itu.

Susulan pihak pengurusan UiTM boleh mengambil satu daripada pilihan berikut:

I. Tidak mengambil sebarang tindakan kerana pensyarah dan pelajar terlibat telah bertemu dan berbincang serta mengambil keputusan mengharmonikan keadaan.

ii. Menamatkan kontrak pensyarah yang telah diperbaharui pada 15 Mac 2022 di mana pihak UiTM boleh menamatkan lantikan dalam tempoh 30 hari.

Namun keputusan UiTM bergantung kepada nasihat Kementerian Pengajian Tinggi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here