Tun M ingatkan penduduk Langkawi jangan gadai tanah

0
2

AHLI Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan penduduk pulau itu agar tidak mudah menggadai tanah mereka.

Ini kerana kata bekas Perdana Menteri itu, tanah adalah harta yang tidak ternilai hartanya dan ia perlu dipertahankan demi anak cucu mereka nanti.

“Saya ambil peluang beritahu orang Langkawi, jangan mudah gadai tanah kerana tanah itu harta yang tak ternilai harganya.

“Jika dijual tanah, maka orang Langkawi dan anak cucu tidak ada lagi tanah hendak diduduki,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Dr Mahathir berkata, tanah walaupun kecil jika dicantum dan diusahakan dengan bercucuk tanam, ia akan membuahkan hasil.

“Hasil tanaman boleh dijual dan menjana pendapatan. Dengan pendapatan yang ada orang Langkawi tidak perlu bergantung kepada orang lain,” katanya.

Terdahulu beliau pulang ke Langkawi bagi menyampaikan bakul Ramadan kepada penduduk.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana Langkawi semakin sibuk dengan aktiviti pelancongan yang akan menghidupkan kitaran ekonomi tempatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here