Tak perlu perkecil, hina pelajar secara terbuka – Syed Saddiq

0
2

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman turut terpanggil memberi pandangan berhubung isu video tular melibatkan seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dikatakan memperlekeh seorang pelajarnya.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu berkata adab belajar dan mengajar patut datang selari.

“Mereka (pelajar) datang untuk belajar, untuk masa depan mereka yang lebih baik. Dalam situasi macam ini, pengajar patut jumpa mereka secara peribadi, dengar masalah mereka.

“Saya tahu memang ramai pelajar datang dari keluarga yang sederhana dan susah. Nak bantu semua, memang bukan mudah.

“Tapi tak perlu perkecilkan mereka. Bukan hina mereka, lagi-lagi secara terbuka. They are our future,” katanya.

Terdahulu tular klip video berdurasi satu minit 45 saat yang memaparkan situasi pembelajaran dalam talian di mana seorang pensyarah wanita memarahi pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba.

Dalam klip itu juga, beliau memberitahu agar pelajar tersebut meminta kakaknya menggadai barang kemas untuk membeli sebuah komputer riba. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here