Putra lapor SPRM isu Sapura Energy dan MySejahtera – Ibrahim Ali

0
2

KERAJAAN digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyalahgunaan dana pelaburan agensi kerajaan dalam Sapura Energy Bhd.

Gesaan itu dibuat oleh Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Dr Ibrahim Ali yang berpendapat dakwaan serius kerana membabitkan kerugian yang besar.

Selain isu Sapura Energy, beliau turut menggesa kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk menyediakan ‘Kertas Putih’ bagi isu penjualan aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta.

“Semalam saya telah membuat dua aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan mengenai isu yang hangar ketika ini iaitu Sapura Energy Bhd dan MySejahtera.

“Dua kes ini wajar disiasat oleh pihak SPRM secara telus dan berintergriti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes Sapura Energy terlalu besar dan melibatkan lebih 2,000 vendor serta pembayaran gaji kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sehingga RM200,000 sehari walaupun syarikat itu telah rugi berbilion ringgit.

“Ia sangat tidak masuk akal dan rugi dalam Sapura Energy melibatkan pelabur utama seperti PNB, KWSP, Petronas, Khazanah dan lain-lain.

“Apakah rugi kerana gaji luar biasa atau rugi sebab cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan? soalnya.

Ibrahim berkata, bagi kes penjualan aplikasi MySejahtera pula, kerajaan perlu perjelaskan mengapa ia dijual kepada syarikat swasta yang menimbulkan banyak polemik di media sosial.

Katanya, antara isu dibangkitkan adalah mengenai kesan kepada kesalamatan data rakyat dan apakah kerahsiaan data terjamin selain ia dijual secara runding terus.

“Sehubungan itu, saya menggesa kerajaan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat Sapura Energy dan Jawatankuasa Khas untuk menyediakan Kertas Putih mengenai MySejahtera.

“Kedua-dua laporan mengenai isu berkenaan perlu dibentang do Parlimen dan kepada umum,” katanya.

Ibrahim turut menawarkan diri untuk terlibat dalam siasatan RCI Sapura Energy dan Jawatankuasa Khas Kertas Putih itu secara percuma jika diberi kepercayaan untuk berkhidmat kepada negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here