PAS mahu akidah anak-anak Siew Hong dipertahankan 

0
2

PAS menyeru kepada semua ahli politik, cendekiawan, mufti, pendakwah dan NGO serta rakyat Malaysia beragama Islam untuk bersatu dan senada dalam isu keselamatan akidah anak-anak Loh Siew Hong.  

Ketua Penerangannya, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyerahkan tiga kanak-kanak ini kepada ibu kandungnya hanyalah melibatkan isu penjagaan. 

Menurutnya, ia tidak menyentuh isu agama apatah lagi memerintah atau membenarkan anak-anak tersebut untuk meninggalkan agama Islam. 

“Keislaman mereka adalah atas dasar kefahaman, kesedaran dan kerelaan sebagai manusia yang merdeka hasil daripada pengajian serta pendidikan Islam yang mereka lalui. 

“Justeru, PAS hari ini ingin memberikan amaran tegas bahawa jangan ada mana-mana pihak yang ingin atau berhasrat menukar agama anak-anak ini.  

“Umat Islam di negara ini akan bersatu demi keselamatan akidah mereka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here