SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sedang mengesan seorang wanita dari Vietnam bagi membantu siasatan kes melibatkan suruhanjaya itu.
Wanita tersebut, Ngo Thi Ngoc Thu, 42, mempunyai alamat tetap di No 1, Jalan Setia 4/1, Taman Setia, 86000, Kluang, Johor dan alamat terakhir di No 20, MJ/35, Taman Merdeka Batu Berendam, 75350, Melaka.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Shahrizan Mohd Nor di talian 07-931 7982 atau 016-9382 270,” kata SPRM menerusi kenyat

