Malaysia kecualikan caj RM20 bagi kenderaan Singapura selam 7 hari 

0
3

SEMUA kenderaan motor pendaftaran Singapura yang akan memasuki Malaysia, dikecualikan pembayaran RM20 bagi Caj Jalan (RC) untuk tempoh tujuh hari, mulai 1 sehingga 7 April ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Wee Ka Siong, berkata pengecualian itu bertujuan mengelakkan kesesakan berlaku di kedua-dua pintu masuk sempadan darat negara Malaysia dan Singapura apabila tiada mempunyai baki yang mencukupi atau tiada kad Touch n’ Go yang masih sah.

“Tempoh masa ini hendaklah digunakan oleh semua pengembara/pemandu kenderaan pendaftaran Singapura untuk sama ada (i) memperbaharui/mendapatkan kad Touch n’ Go, atau (ii) menambah nilai di dalam kad tersebut atau (iii) mendaftar dan memasang tag RFID VEP pada kenderaan masing-masing.

“Mana-mana kenderaan pendaftaran Singapura yang telah pun berdaftar dan dipasang tag RFID VEP juga akan turut dikecualikan daripada pembayaran RC dalam tempoh masa yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pengecualian itu akan dilaksanakan di bawah peruntukan seksyen 88E, Akta 333, namu semua pengembara adalah diingatkan bahawa kenaan RC akan dikuatkuasakan semula mulai 8 April 2022.

“Saya bagi pihak Kementerian Pengangkutan, ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, di atas keperihatinan beliau bagi memudahkan semua urusan pengembara susulan kepada pembukaan sempadan negara kelak.

“Pengecualian ini kelak bukan sahaja akan membawa manfaat kepada semua rakyat Malaysia dan penduduk Johor, tetapi juga akan dinikmati oleh warganegara Singapura dan lain-lain negara, yang akan mengembara ke Malaysia dan Johor,” katanya.

Sementara itu, Onn Hafiz mengucapkan terima kasih kepada Ka Siong kerana bersetuju untuk mengecualikan pembayaran RC untuk tempoh tujuh hari, mulai 1 sehingga 7 April 2022.

“Syukur  Alhamdulillah. Berita baik untuk Bangsa Johor dan Rakyat Malaysia yang berada di Singapura

“Semoga pengumuman ini akan membantu meringankan sedikit beban Bangsa Johor dan rakyat Malaysia yang berada di Singapura apabila balik nanti,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here