SEBANYAK 34 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 34,751 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, lapan daripada 34 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Daripada jumlah tersebut, seramai 235,596 individu atau 97.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 1,159 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sementara itu, terdapat 5,430 kes dirawat di hospital dan 302 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 198 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

