Ada keputusan dibuat menjadi budi bicara Presiden PAS – Tuan Ibrahim

0
2
KUALA LUMPUR, 18 November 2020 - Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika sesi wawancara bersama Mingguan Malaysia di Ibu Pejabat PAS, Jalab Raja Laut di sini hari ini. Gambar FAUZI BAHARUDIN Pemberita Fahmi

TIDAK semua keputusan dan tindakan yang diputuskan PAS dilakukan secara bersama, dakwa Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS itu berkata, terdapat juga keputusan parti ditentukan melalui budi bicara Presiden parti Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, sebarang keputusan yang diambil PAS bergantung pada isu berbangkit dan bersesuaian lalu dibuat secara bersama selepas dibincangkan di peringkat parti.

Jelasnya, ada isu yang dibawa dan dibincangkan di peringkat Dewan Harian parti, selain di peringkat jawatankuasa pusat atau majlis syura.

“Ada juga (keputusan) sesuatu perkara dibuat menjadi budi bicara presiden,” katanya dipetik Malaysiakini, hari ini.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa Presiden PAS telah membuat keputusan sendiri ketika membawa parti itu menyertai Perikatan Nasional (PN).

Khairuddin yang dipecat daripada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bertindak keluar daripada PAS buat sementara pada 14 Mac lalu.

Beliau mendakwa langkah PAS menyertai PN adalah kerana nasihat seorang dua pemimpin yang rapat dengan Abdul Hadi berbanding tindakan PAS ketika menubuhkan gagasan Muafakat Nasional (MN) bersama Umno.

Menurutnya MN ditubuh setelah beberapa kali melalui proses perbincangan dalam PAS termasuk dua kali dibentangkan dalam muktamar PAS yang akhirnya dimeterai bersama Umno pada 14 September 2019. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here