SOP sempadan Malaysia-Thailand, Malaysia-Singapura perlu selaras – PM

0
2
Keluarga Malaysia

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap peraturan yang diguna pakai bagi pembukaan sempadan Malaysia-Thailand pada 1 April ini, sama seperti perlaksanaan pembukaan sempadan c.

Ianya di mana kelonggaran diberikan untuk pekerja yang berulang alik secara harian dengan pemansuhan kuarantin selain tidak perlu menjalani ujian PCR atau RTK pada pra pelepasan dan ketibaan.

Beliau berkata, tindakan itu sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada usaha-usaha pemuilihan negara yang mana akan memberi impak positif ke atas kelestarian ekonomi dan kesejahteraan kehidupan Keluarga Malaysia.

“Berita gembira untuk penduduk utara di Perlis dan Kedah. Mulai 1 April ini Thailand bersetuju membuka pintu sempadan darat di Wang Kelian (Perlis) dan Bukit Kayu Hitam (Kedah).

“Saya juga sudah meminta Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin untuk berbincang dengan Kerajaan Thailand untuk membuka pintu sempadan di Padang Besar dan kawasan-kawasan lain di utara.

“Saya pasti usaha ini dapat menyumbang kepada ekonomi negara Malaysia dan (kemudahan yang sama seperti di pintu masuk Malaysia-Singapura) dapat juga dilaksanakan di pintu masuk antara Malaysia dan Thailand ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri turut memaklumkan kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi kajian kemungkinan pembinaan jeti baharu di Kuala Perlis.

“Untuk kajian kemungkinan kerajaan Perlis memerlukan sebanyak RM5 juta bagi membuat kajian tersebut dan saya meluluskan RM5 juta untuk kajian perlaksanaan itu.

“InsyaAllah selepas kajian kemungkinan ini selesai, kita boleh melihat kemungkinan untuk membina jeti baharu di Kuala Perlis nanti,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here