Pengembara dipenjara jika isi butiran palsu dalam MySejahtera – KJ 

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633597915682","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

PENGEMBARA yang didapati melakukan pengisytiharan palsu dalam aplikasi MySejahtera akan dikenakan tindakan penjara dan denda. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata menjadi kesalahan jika didapati pengembara memberikan maklumat palsu ketika mengisi maklumat di aplikasi tersebut. 

“Pastikan semua malumat yang diberikan adalah betul. 

“Pengisytiharan palsu yang dibuat oleh anda adalah kesalahan di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342],” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung (live) menerusi media sosial. 

Khairy menambah, mana-mana pengembara yang disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta 342, sama ada didenda atau dipenjara atau kedua-duanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here