KKM iktiraf pengembara lengkap vaksinasi bawah senarai WHO – KJ

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengiktiraf pengembara yang telah melengkapkan rejimen penuh vaksin Covid-19 diluluskan di bawah Penyenaraian Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia juga akan menerima vaksin yang telah diluluskan penggunaannya oleh pihak berkuasa kawal selia dalam negara lain walaupun tidak tersenarai dalam WHO.

“Antara jenis dan jenama vaksin tersebut ialah Zifivax (China, Indonesia, Pakistan); Minhai (China, Indonesia); CoviVac (Cambodia, Rusia); Medigen (Taiwan); ZyCoV-D (India); Turkovac (Turkey); Covifenz (Canada).

“Senarai jenis dan jenama vaksin ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Khairy berkata, kerajaan juga bersetuju memansuhkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pengembara mulai 1 April ini.

Katanya, SOP yang tidak lagi diguna pakai bermula tarikh terbabit ialah senarai 18 negara berisiko tinggi; pemakaian Peranti Pengesanan Digital (Digital Tracker); dan permohonan kuarantin di rumah.

Jelasnya, peraturan bagi pengembara melalui program One Stop Centre (OSC); Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB); Kaunter ujian pengesanan Covid-19 RT-PCR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA); dan MyTravelPass juga dimansuhkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here