PM guna Bahasa Melayu pada sidang kemuncak ASEAN, Perhimpunan Agung PBB

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan terus menggunakan Bahasa Melayu dalam mesyuarat dan pertemuan antarabangsa, termasuk sidang kemucak ASEAN dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata ia selaras kerangka dasar luar Malaysia serta menyokong hasrat dan cita-cita Perdana Menteri yang mencadangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.

“Bagi penggunaan Bahasa Melayu di mesyuarat dihadiri Perdana Menteri, ini akan diteruskan.

“Ia termasuk dua mesyuarat besar yang akan dihadiri beliau tahun ini, iaitu sidang kemuncak ASEAN dan ucapan beliau di Perhimpunan Agung PBB,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Sementara itu Saifuddin berkata Wisma Putra akan mula menghantar surat rasmi ke negara lain menggunakan Bahasa Melayu.

“Kami akan secepat mungkin mula menghantar surat dari Kementerian Luar ke pihak negara asing menggunakan Bahasa Melayu, dan disediakan dengan terjemahan yang bersesuaian dengan mereka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here