Sapura Energy: Antara rakyat dan politik

0
2

Shahir Adnan

PADA tahun 2019, ketika Pakatan Harapan (PH) masih memegang tampuk pemerintahan negara dan Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng, memberikan berita “gembira” bahawa FDI negara meningkat, Sapura Upstream bertukar menjadi Sapura-OMV.

Ketika itu, FDI yang dikatakan meningkat sebenarnya hasil penjualan 50% kepentingan Sapura Upstream kepada negara Austria, sebanyak RM 3.7 billion. Rakyat perlu sedar, pelaburan asing yang diwarwarkan oleh Lim Guang Eng ketika itu adalah penjualan aset negara.

Hutang Sapura bermula ketika kos membeli aset Seadrill Ltd (RM8.78 Billion) dan Newfield Exploration Co (RM2.83 bilion). Hutang ni merupakan hutang jangka panjang dan tidak perlu dibayar secara terus.

Isunya terjadi apabila aliran tunai Sapura makin tenat ketika pengurusan terdahulu dan kerajaan Pakatan Harapan menyuntik RM 4 Billion melalui PNB untuk mengurangkan hutang. Akibatnya, kepentingan PNB meningkat dari 12% kepada 40%. Duit PNB adalah pelaburan rakyat.

Setelah pertukaran pengurusan pada tahun 2020, prestasi kewangan Sapura bertambah baik, daripada kerugian RM 252 juta (tahun 2020), kepada pendapatan RM 810 juta (tahun 2021) berdasarkan margin EBITDA.

Kini Sapura diterajui oleh Pengerusinya, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang merupakan bekas CEO PETRONAS dan pengurusan pula diterajui oleh Datuk Anuar Taib, juga merupakan bekas pengurusan tertinggi PETRONAS dan SHELL.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyarankan kerajaan hari ini, Kerajaan Perikatan Nasional untuk menyelamatkan dana PNB yang dilaburkan ketika Pakatan Harapan agar pelaburan rakyat tidak hangus begitu sahaja dek kerana mainan dan sentimen politik.

Namun begitu, DPIM menegaskan agar PNB melalui Sapura untuk mengehadkan pengagihan pendapatan kepada individu-individu yang berkepentingan di dalam Sapura.

Berdasarkan Laporan Kewangan 2021, sebanyak RM 10.5 juta diagihkan kepada 18 orang ahli-ahli lembaga pengarah dan pengarah eksekutif. Ini adalah tidak masuk akal di kala PNB terpaksa menyuntik dana rakyat untuk menyelamatkan syarikat negara.
.
Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis, tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiapost)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here