Usul SOSMA gagal, bukti kerajaan tidak stabil

0
2
https://www.facebook.com/259127600911523/photos/pb.100068900662809.-2207520000../1610365639121039/?type=3

KEGAGALAN kerajaan meluluskan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Dewan Rakyat bukti kerajaan yang dibentuk ketika ini tidak stabil.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Razlan Rafii berkata kegagalan itu juga membuktikan perjanjian persefahaman politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu sudah tidak boleh digunapakai dan ia terbatal.

“Amat jarang sekali kita melihat akta yang dibawa ke dalam dewan oleh kerajaan tapi gagal melepasi undi kemenangan.

“Kegagalan Menteri Dalam Negeri meluluskan subseksyen SOSMA ini menunjukkan dengan jelas ia sudah tidak stabil dan memberi gambaran buruk kepada kerajaan dalam Parlimen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Razlan juga menegaskan, kegagalan itu menunjukkan masanya telah tiba untuk mengadakan pilihan raya umum.

“Ada banyak cubaan serang hendap dilakukan oleh pembangkang semasa sesi Parlimen berlangsung sebelum ini.

“Bajet lalu juga kelihatan setiap kali bil mahu diluluskan setiap kali itulah kerajaan bertungkus lumus mendapatkan kehadiran sehingga pernah Ahli Parlimen memakai PPE untuk mengundi,” katanya.

Terdahulu, kerajaan gagal mendapat sokongan lanjut subseksyen SOSMA di Dewan Rakyat, petang tadi.

Dalam undian belah bahagi, 86 Ahli Parlimen tidak menyokong berbanding 84 menyokong untuk mengizinkan penahanan 28 hari tahanan tanpa perbicaraan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here