Pertemuan Pulau Carey dan blok baharu pembangkang bagi menghadapi BN

0
2

Aiman Hanif

PARTI pembangkang dikatakan telah mengadakan pertemuan di Pulau Carey hujung minggu lalu bagi membincangkan gerakan untuk menyekat kebangkitan BN.

Malaysiapost difahamkan pertemuan itu bagi membincangkan kerjasama antara parti pembangkang bagi menghadapi BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Ia susulan dua kekalahan pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Difahamkan pada pertemuan itu pemimpin Perikatan Nasional (PN) menggesa supaya kerjasama dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dibentuk bagi mendepani BN.

Bagaimanapun pemimpin PH masih sangsi untuk membentuk kerjasama dengan “pengkhianat” yang telah menumbangkan kerajaan PH.

Pertemuan pemimpin politik di Pulau Carey itu dikatakan anjuran PN.

Bagaimanapun pertemuan itu dikatakan gagal menemui titik persamaan selepas PH dikatakan tidak lagi mempercayai PH.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang perlu bersatu jika mahu mengalahkan BN.

Katanya, perpecahan dalam kalangan pembangkang telah memberi kemenangan selepas kepada BN dalam PRN Johor.

Ia kemudiannya disusuli dengan khabar angin bahawa Mahathir akan membentuk satu blok pembangkang bagi menghadapi BN.

Blok baru pembangkang itu dikatakan bakal menggabungkan PN, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan).- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here