JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di negeri iaitu Kedah dan Terengganu dalam tempoh sehingga jam 8 malam ini.
Manakala beberapa daerah di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga jam 6 petang.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Pendang) dan Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) sehingga 8 malam ini.
“Manakala ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kampar, Batang Padang dan Muallim); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Gombak dan Hulu Langat).
“Termasuklah Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol); Johor (Segamat, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru); Sarawak: Miri (Marudi) dan Limbang
“Serta Sabah: Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga 6 petang ini,” menurut kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

