Nurul Huda Abhar
CALON Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas, Sufian Abdul Karim disahkan positif Covid-19, hari ini.
Beliau menerusi kenyataan memaklumkan baru sahaja menerima keputusan ujian saringan hari ini dan disahkan positif Covid-19.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua pengundi, jentera pilihan raya, rakan dan sanak saudara yang membantu sepanjang kempen.
“Doakan saya diberikan kekuatan untuk berdepan ujian ini dan segera sembuh.
“Mohon kepada semua yang pernah bersama saya mengambil langkah berjaga-jaga dan sewajarnya dengan membuat saringan.
“Maaf atas segala kesulitan. Semoga ia tidak mematahkan semangat kita dalam perjuangan ini,” katanya hari ini.
Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii dan Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan yang mengambil bahagian berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) juga disahkan positif Covid-19. – Malaysiapost

