Mohamad Sabu ulangi pendirian PH segerakan RUU Anti-Lompat Parti

0
2

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) mengulangi pendirian supaya kerajaan segera membentangkan Rang Undang-undang Anti-Lompat Parti di Dewan Rakyat.

Presiden Amanah yang juga anggota Majlis Presiden PH, Mohamad Sabu berkata ia bagi memastikan kestabilan politik negara seterusnya mengelak berulangnya pengkhianatan dalam kalangan wakil rakyat.

“Hal ini sudah tentu sejajar dengan pendirian PH yang jelas mahu kerajaan menyegerakannya supaya negara mempunyai sistem politik yang stabil, setelah dirosakkan oleh Ahli-ahli Parlimen khianat,” katanya hari ini.

Terdahulu beliau bagi pihak Majlis Presiden PH menerima memorandum dari NGO Bersih dan Ketuanan Pengundi di pintu masuk bangunan Parlimen di ibu negara pagi tadi.

Turut hadir, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Menurut Mohamad, memorandum tersebut antara lain mendesak pembentangan RUU Anti-Lompat Parti disegerakan.

“NGO juga dengan tegas menolak pembentangan IPCC iaitu Independent Police Conduct Commission yang dibentang oleh Kerajaan Perikatan Nasional pada tahun 2020.

“Memorandum dan segala pandangan yang diterima hari ini, akan segera saya sampaikan kepada pemimpin Majlis Presiden PH untuk tindakan segera, InsyaAllah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here