Pemilihan CEC: Guan Eng sekadar di tangga kelapan

0
3

PEMILIHAN Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) di ibu negara semalam, menyaksikan bekas Setiausaha Agung parti itu selama 14 tahun, Lim Guan Eng sekadar memperoleh undi kelapan tertinggi.

Dalam pemilihan sempena Kongres Kebangsaan DAP Ke-17 itu, Guan Eng memperoleh 1,311 undi, lebih 400 undi di belakang Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang mendapat 1,752 undi.

Turut memperoleh undi lebih tinggi berbanding Guan Eng ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (1,641 undi); Setiausaha Agung baharu, Anthony Loke Siw Fook (1,625) dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (1,373).

Selain itu, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh (1,346); Fong Kui Lun (1,341) serta Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim (1,340).

Dalam pemilihan itu, seramai 30 daripada 93 calon dipilih membarisi CEC yang akan menerajui kepemimpinan parti bagi penggal 2022 hingga 2025.

Sempena pemilihan kali ini, Guan Eng dilantik sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP setelah tidak mempertahankan jawatan Setiausaha Agung yang disandangnya selama tiga penggal.

Guan Eng yang dilantik sebagai Setiausaha Agung pada 2004, tidak boleh dipilih semula selepas pindaan perlembagaan parti membenarkan seseorang memegang jawatan tersebut selama tiga penggal.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman dipilih wakil Melayu tunggal menganggotai CEC apabila memperoleh 991 undi.

Sembilan lagi wakil Melayu turut bertanding pada pemilihan kali ini namun tewas.

Senarai penuh CEC DAP bagi penggal 2022-2025 ialah:

  1. Gobind Singh Deo – 1,762
  2. Chow Kon Yeow – 1,641
  3. Anthony Loke Siw Fook – 1,625
  4. Teresa Kok – 1,373
  5. Hannah Yeoh – 1,346
  6. Fong Kui Lun – 1,341
  7. Steven Sim – 1,340
  8. Lim Guan Eng – 1,311
  9. Ng Sze Han – 1,282
  10. Ng Suee Lim – 1,279
  11. Tan Kok Wai – 1,263
  12. Nga Kor Ming – 1,262
  13. M Kulasegaran – 1,226
  14. Lim Lip Eng – 1,156
  15. Lim Hui Ying – 1,153
  16. Ching Chieng Jen – 1,154
  17. Alice Lau Kiong Yieng – 1,119
  18. Chan Foong Hin – 1,101
  19. Teoh Nie Ching – 1,071
  20. Ronnie Liu – 1,070
  21. Wong Kah Woh – 1,069
  22. Liew Chin Tong – 1,008
  23. Tan Hong Fun – 992
  24. Yong Syefura Othman – 991
  25. Kasthuri Patto – 978
  26. Teo Kok Seong – 976
  27. Su Keong Siong – 953
  28. Wu Him Yen – 950
  29. Wong Shu Qi – 939
  30. Jannie Lasimbang – 877

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here