Konglomerat Vietnam minat melabur di Malaysia

0
3

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengadakan pertemuan dengan wakil pengurusan tertinggi beberapa konglomerat Vietnam.

Pertemuan itu berlangsung sebaik Perdana Menteri tiba sempena lawatan kerja rasmi beliau ke Vietnam.

Hasil pertemuan itu, kata Ismail Sabri, terdapat beberapa konglomerat Vietnam telah menyatakan hasrat mereka untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Perdana Menteri memaklumkan Presiden Dewan Perniagaan Malaysia (MBC) Vietnam, Datuk Theng Bee Han memperkenalkan wakil-wakil syarikat tersebut.

“Antara yang hadir adalah Naib Presiden Sovico Group Dr Dinh Viet Phuong, Pengerusi Hoa Binh Construction Le Viet Hai dan Pengarah Urusan GAMI Group Pham Hai Minh

“Sovico Group merupakan konglomerat swasta utama Vietnam yang terlibat dalam pelbagai industri termasuk syarikat penerbangan tambang murah Vietjet Air, manakala Hoa Binh Construction Group adalah syarikat pembinaan terkemuka dengan lebih 31,000 pekerja.

“Gami Group pula terkenal dalam tiga bidang utama iaitu hartanah, taman tema dan perdagangan termasuk mengimport kenderaan untuk pasaran di Vietnam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here