Kebenaran menggunakan khidmat APS disambut baik

0
2

PERTUBUHAN Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) menyambut baik langkah Kementerian Sumber Manusia yang membenarkan pihak majikan menggunakan khidmat Agensi Pekerjaan Swasta (APS).

Setiausaha Agung PAPSMA, Dr Sukumaran Nair, berkata pihaknya akan mematuhi terma dan syarat yang telah diberikan kepada pertubuhan bagi melicinkan proses kemasukan pekerja asing ke negara ini kelak.

“PAPSMA berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga akan memberi penekanan kepada anggota berlesen kami yang dibenarkan dan diberi kuasa oleh Kementerian Sumber Manusia untuk menyelaras dan menguruskan pengambilan pekerja asing untuk majikan.

“Kami juga ingin mendapatkan kerjasama pihak Jabatan Imigresen untuk mengiktiraf kami sebagai identiti sah untuk menjadi fasilitator kepada majikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan yang memaklumkan majikan yang ingin mengambil pekerja asing boleh menggunakan khidmat APS.

Sukumaran turut mencadangkan supaya kementerian mewujudkan kaunter khas untuk APS dengan Lesen ‘C’ terutamanya di JTKSM dan Jabatan Imigresen di setiap negeri.

“Ia bagi memudahkan pengambilan pekerja asing bagi pihak majikan ke Malaysia,” kata Sukumaran.

Untuk rekod, sehingga 17 Mac lalu, sebanyak 313,014 permohonan pekerja warga asing diterima membabitkan pelbagai sektor terutama perkilangan yang membabitkan 193,346 permohonan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here