Umno mahu tubuhkan sekolah politik

0
2

UMNO akan memperkenalkan sekolah politik, dikenali sebagai Pusat Demokrasi Rakyat untuk tarikan baharu yang selari dengan peredaran zaman.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sekolah politik itu antara lain bagi mencari bakat baharu untuk melatih melahirkan pemimpin masa depan.

“Justeru, bagi melaksanakan inisiatif itu, Umno akan memperkenalkan sekolah politik dan ia mesti menjadi tarikan baharu yang berupaya menangkap imaginasi dan kreativiti generasi zaman sekarang.

“Ia harus menjadi platform yang terbuka untuk membincangkan aspirasi kepada tanah air. Ia mesti dipacu oleh teknologi,” katanya ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2021, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, sekolah politik itu berdasarkan Projek 123 iaitu dengan matlamat Umno kembali menjadi kerajaan yang dominan.

“Sekolah politik itu akan dipengerusikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai pengerusi manakala Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Umno akan mewujudkan Kursi Penyelidikan Pekembar dengan kerjasama Universiti Malaya.

Katanya, ia akan membabitkan modal RM3 juta dan menjadi simbol hubungan universiti dengan masalah sebenar rakyat.

“Kita juga mahu supaya dengan sistem pendidikan yang ada sekarang ini, Umno ingin mencadangkan TVET dengan ‘rescaling’ dan ‘upskilling’ mesti dilakukan biarpun ia sudah ada dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

“Kita mahu ramai dalam kalangan mereka yang menganggur dapat diberikan keutamaan dan anak-anak lepasan Tingkatan Lima dapat diberikan pendedahan di dalam TVET ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here