PAU 2021: Perjuangan Umno untuk masa depan negara – Reezal Merican

0
2

UMNO adalah parti yang ‘asli’ dengan tujuan dan matlamatnya tidak pernah berubah, tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Menurutnya, perjuangan Umno tidak akan sesekali lari dari tapak sejak ia diasaskan oleh bapa-bapa pejuang Umno di Istana Besar Johor.

“Lahirnya Umno adalah hasil dari kesatuan hati pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu.

“Inilah perjuangan yang kita warisi.

Syukur ke hadrat Ilahi, perjuangan kita untuk mengambalikan maruah UMNO ternyata jelas dapat dirasai rakyat. Rakyat sudah kembali percaya dan melihat ikhtiar-ikhtiar kita dengan perjuangan Umno,” katany dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, perjuangan Umno, yang terasnya Melayu dan Islam, membawa bersama iltizam seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang mahupun kepercayaan.

“Kerana Umno, dengan limpah izin-Nya jua, pelbagai kemajuan telah dapat kita kecapi.

“Insya-Allah, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 akan meneruskan nafas baru dan merancakkan semangat kita semua dalam meneruskan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here