Presiden tekankan kerajaan, parti perlu seiring – Shahril

0
2

Nilam Oshman

UCAPAN dasar Presiden Umno cukup harmoni kerana menekankan supaya kerajaan dan parti bergerak seiring, kata Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan.

Sehubungan itu beliau berkata ia permulaan yang baik untuk para pembahas menyampaikan pandangan sepanjang tempoh perbahasan Perhimpunan Agung Umno hari ini dan esok.

“Ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tadi, menekankan persiapan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 tetapi dalam masa sama mendokong Perlembagaan Negara yang meletakkan hak pembubaran ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ahmad Zahid turut menyebut perkara itu secara jelas tetapi Umno pun ada hak untuk membuat pendirian.

“Dan kedua, apa yang saya nampak dalam mengupas perkara tersebut, ucapan Datuk Seri Presiden cukup harmoni menekankan supaya kerajaan dan parti seiring,” katanya ketika ditemui media di Pusat Dagangan Dunia hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here