SERAMAI 18 pemain dan pegawai Kuching City FC disahkan positif Covid-19 sekali gus dua perlawanan Liga Premier melibatkan pasukan itu terpaksa ditunda.
Menurut Malaysian Football League (MFL), aksi Kuching City FC bertemu Terengganu FC II di Stadium Negeri, Kuching pada 19 Mac ini terpaksa ditunda ke tarikh baharu.
Begitu juga perlawanan menentang Selangor FC 2 di Stadium UiTM, Shah Alam pada 27 Mac juga terpaksa ditunda.
“MFL ingin menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai Kuching City FC yang disahkan positif Covid-19 dan semoga mereka akan kembali sembuh,” kata MFL menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

