Sukan, kokurikulum dibenarkan di sekolah mulai Isnin ini

0
2

PELAKSANAAN aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka dalam kawasan sekolah yang melibatkan guru serta murid kini dibenarkan bermula 21 Mac ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan beberapa tatacara pelaksanaan dan garis panduan yang perlu dipatuhi pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti tersebut.

“Bermula 21 Mac ini semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka di kawasan sekolah adalah dibenarkan.

“Annex berkaitan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum ini boleh diperoleh melalui pautan https://www.moe.gov.my/…/5084-annex-sukan…/file,” katanya di Facebook.

Antara tatacara pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 adalah guru atau jurulatih dan pengajar yang terbabit dalam aktiviti berkenaan secara bersemuka dengan murid perlu lengkap vaksin.

KPM turut membenarkan penganjuran aktiviti atau pertandingan dan kejohanan sukan dan kokurikulum, namun penganjurannya adalah terhad dalam kawasan sekolah dan warga sekolah berkenaan sahaja. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here