Tiada pembubaran DUN di negeri dipimpin PH

0
2

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang ditadbir pakatan itu tidak akan menasihati agar Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dibubarkan sehingga tamat tempoh pada tahun 2023.

Menerusi kenyataan hari ini, ia menegaskan keputusan itu dibuat mengambil kira keadaan ekonomi rakyat yang masih sangat terkesan akibat banjir besar, pandemik Covid-19, pendapatan berkurangan serta kos sara hidup yang meningkat mendadak.

“Majlis Presiden menegaskan bahawa fokus segala usaha pada waktu ini harus ke arah menyelamatkan rakyat dan menghidupkan semula ekonomi,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Upko, Datuk Seri Madius Tangau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here