Pengeluaran khas melalui Akaun 2 – KWSP

0
2

PENGELUARAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah melalui Akaun 2.

Menurut KWSP menerusi infografik dikongsi di Facebooknya, ia tertakluk kepada Akaun 2, namun
jika tidak mencukupi maka simpanan Akaun 1 akan diakses.

“Pengeluaran khas ini terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun dan permohonannya bermula 1 April hingga 30 April 2022 secara online,” katanya.

KWSP turut memaklumkan pembayaran itu akan dibuat bermula 20 April 2022.

“Justeru, itu merupakan informasi ringkas berkenaan Pengeluaran Khas. Nantikan informasi terkini yang akan dikongsikan dari semasa ke semasa,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here