LAGI berita baik untuk rakyat susulan pengumuman kerajaan mengenai kebenaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, memaklumkan proses pengeluaran khas inisiatif kerajaan itu akan dipermudahkan.
“Saya baru habis berbincang dengan KWSP. Mereka akan memastikan agar pengeluaran khas KWSP ini dipermudahkan,” katanya ringkas dalam satu hantaran di Facebook.
Terdahulu Malaysiapost melaporkan berita gembira mengenai kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 mendapat sambutan ramai terutama warga maya.
Ruangan komen laman media sosial rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dihujani ribuan ucapan terima kasih daripada rakyat yang bersyukur dengan pengumuman yang dibuat hari ini.
Selain itu, ramai juga yang berharap agar proses atau syarat pengeluaran khas itu tidak membebankan kerana rakyat. – Malaysiapost

