Terima kasih kepada PM – Najib

0
2

“TERIMA kasih PM Ismail,” ringkas namun amat bermakna ucapan Datuk Seri Najib Razak ini.

Dalam hantaran di Facebook, Najib mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 yang diumumkan, hari ini.

Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan itu antara pihak yang kuat memperjuangkan tuntutan rakyat mengenai pengeluaran khas kali terakhir berkenaan.

Beliau antara yang berkali-kali mendesak serta merayu untuk pengeluaran berkenaan dibenarkan kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Tindakan kerajaan ini pastinya amat bermakna kepada Najib kerana akhirnya membuktikan kerajaan Keluarga Malaysia tetap prihatin terhadap rakyat yang terjejas kehidupannya.

Tambah menarik, kebenaran ini diluluskan ketika Perhimpunan Agung Umno 2021 akan membuka tirai secara rasminya malam ini di samping momentum kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu lalu.

Sebelum ini, Najib sering menjadi tumpuan rakyat terutama di media sosial, apabila saban hari netizen mengharapkannya memperjuangkan pengeluaran akhir secara ‘one off’ RM10,000 KWSP agar dibenarkan kerajaan.

Malah Najib dan Umno konsisten memperjuangkan perkara itu sejak tahun lepas, termasuklah beberapa kali membangkitkannya dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

Alasan Najib mudah difahami, wang KWSP amat diperlukan rakyat yang sedang bergelut untuk memulihkan kehidupan mereka setelah dilanda pandemik Covid-19 selama dua tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here