Anak muda, jangan hanya lantang di media sosial

0
3
https://www.facebook.com/225392457942420/photos/pb.100050636372668.-2207520000../1115764038905253/?type=3

Shahir Adnan

BEZA antara PRN Melaka dan Johor adalah pengundi di PRN Johor melibatkan Undi 18 dan pendaftaran automatik.

Semestinya setiap parti politik mahu melihat impak Undi 18 melalui keputusan PRN Johor. Seperti kita sedia maklum, Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan dengan mandat kukuh 2/3 majoriti di Johor. Namun begitu, peratusan keluar mengundi adalah sangat rendah.

PRN Johor menyaksikan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 54.92 % berbanding kebanyakan Pilihan Raya raya Kecil dan PRN yang diadakan sejak 2018, termasuklah di Sabah, Sarawak dan Melaka.

Peratusan yang rendah ini dipengaruhi oleh pengundian yang rendah dalam kalangan golongan Undi 18 (18 hingga 20 tahun) dan pengundi automatik.

Harus diingat, walaupun Undi 18 dan pendaftaran undi automatik dilaksanakan di PRN Johor membabitkan seramai 700,000 pengundi baru. Ia termasuklah mereka yang sudah berusia, namun tidak pernah mendaftar.

Walaupun tak dinafikan sebahagian pengundi Undi 18 dan automatik ini menunaikan tanggungjawabnya, tetapi sebahagian besarnya tidak mengundi, telah mempengaruhi peratusan keluar mengundi keseluruhan di PRN Johor.

Anak muda digesa untuk bukan sahaja bersikap lantang dan kritikal di media sosial, namun perlu mendalami isu politik semasa dan menunaikan tanggungjawab mengundi agar negara tidak dipimpin oleh golongan yang rakus kuasa.

Kepimpinan negara perlulah diterajui oleh mereka yang terbaik untuk mengemudi negara kembali menjadi Harimau Asia.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyeru anak-anak muda untuk cakna politik dan menunaikan tanggungjawab mengundi waktu PRU15 nanti agar peratusan keluar mengundi dapat ditingkatkan.

Kita tidak mahu peratusan keluar mengundi rendah sekitar 50-60 peratus terjadi lagi sewaktu kita mahu memilih kerajaan untuk penggal seterusnya. Pasca PRU-14 yang menunjukkan kecelaruan politik hingga 3 Perdana Menteri dilantik dalam satu penggal adalah sesuatu yang memalukan.

Rakyat dan anak muda mungkin berasakan bahawa mereka perlu menjauhi sistem politik yang sedia ada atau tak ambil peduli dengan keadaan politik hari ini.

Namun, jangan sia-siakan undi kalian kerana setiap undi adalah hak kita untuk memilih pemimpin dan kerajaan lebih baik.

Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here