KWSP: Pemimpin Umno sifatkan pengumuman PM tepat pada masanya

0
2

PEMIMPIN Umno menyambut baik keputusan Kerajaan Keluarga Malaysia dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan pengeluaran khas RM10,000 simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Exco Pemuda Umno, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata keputusan kerajaan itu tepat pada masanya ketika rakyat amat memerlukan tunai untuk kelangsungan hidup.

“Ketika rakyat sedang bergelut memulihkan kehidupan yang hilang akibat pandemik Covid-19 selama dua tahun ini, kebenaran itu hadir ketika rakyat yang terkesan amat memerlukannya. Terima kasih Perdana Menteri.

“Bolehlah digunakan untuk memulihkan kehidupan, bayar segala bil tertunggak, langsai hutang dan boleh juga buat modal untuk memulakan perniagaan,” katanya kepada Malaysiapost.

Bagi Ketua Pemuda Umno Bahagian Lumut, Mohd Rafiq Mohd, tindakan Perdana Menteri itu membuktikan sifat keprihatinannya terhadap rakyat.

“Bukan senang nak bangkit, nak pulih daripada ujian. Ada yang hilang pekerjaan, hilang mata pencarian kerana pandemik. Terima kasih Perdana Menteri.

“Dengan kebenaran pengeluaran khas RM10,000 diharap dapat membantu mereka yang terjejas kehidupan, gunakanlah dengan bijak dan berhemat, yang akhirnya hidup kembali normal sebelum ini,” katanya.

Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil turut bersyukur dengan pengumuman Perdana Menteri.

“Alhamdulillah, kerajaan dengar keluhan rakyat,” katanya ringkas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here