38,004 pengundi Bahru didaftarkan sepanjang Februari lalu – SPR

0
3

SERAMAI 38,004 warganegara yang berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatic sebagai pengundi baharu dalam tempoh 1 Februari hingga 28 Februari lalu.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata semakan daftar pemilih tambahan itu kini boleh dibuat mulai hari ini.

“SPR ingin memaklumkan bahawa Daftar Pemilih Tambahan Bulan Februari 2022 (DPT BLN2/2022) telah diperaku pada 15 Mac 2022 (semalam) dan diwartakan pada hari ini 16 Mac 2022.

“DPT BLN2/2022 ini dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 16 Mac 2022 hingga 14 April 2022,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, selain mengandungi nama bagi 38,004 warganegara yang didaftarkan sebagai pemilih baharu secara automatik sepanjang Februari lalu, daftar pemilih tambahan itu juga mengandungi 11,385 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 5,839 pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

“SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN2/2022 iaitu, portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my dan portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.

“Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau aplikasi mudah alih MySPR Semak, dan Hotline SPR di talian 03-88927018,” katanya.

Beliau berkata, SPR menyeru kepada warganegara berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Februari hingga 28 Februari lalu dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka di daftar pemilih tambahan itu.

“Di samping itu, mana-mana pemilih berdaftar yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan boleh mengisi Borang D dan hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

“Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri dan hendaklah dikemukan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan pada waktu Pejabat hari bekerja sepanjang tempoh semakan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here