Dewan Rakyat ucap takziah kepada Ahli Parlimen Pasir Puteh

0
3

DEWAN Rakyat merakamkan ucapan takziah kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh atas pemergian isterinya, Wan Sofiza Eliana Wan Yusof. 

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun memaklumkan kepada Dewan Rakyat berita sedih yang menimpa Ahli Parlimen Pasir Puteh itu. 

“Sebelum kita meneruskan sesi penggulungan, dukacita dimaklumkan bahawa isteri beliau meninggal dunia pada jam 1.05 tengah hari tadi.

“Takziah saya ucapkan atas pemergian Allahyarhamah dan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah,” katanya.

Terdahulu, Nik Muhammad Zawawi dalam satu hantaran di Facebook mengesahkan kematian isterinya. 

“Al- Fatihah. Isteri saya Wan Sofiza Eliana baharu menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.05 petang,” tulisnya.

Menurut Nik Muhammad Zawawi, jenazah isterinya akan dibawa pulang ke Kampung Pulau Gajah, Kuala Krai, Kelantan.

“Jenazah akan disolatkan pada jam 10 pagi esok,” katanya.

Sebelum itu, berdasarkan perkongsian dalam media sosial sama, Nik Muhammad Zawawi memohon semua orang mendoakan keajaiban untuk isterinya yang sedang tenat bertarung nyawa melawan penyakit kanser. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here