9 penjawat awam bekerjasama dengan sindiket dadah diberkas

0
2
KUALA LUMPUR 04 March 2015. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, di sidang media penglibatan rakyat Malaysia dalam rakaman video peyembelihan rakyat Syria di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. NSTP/Salhani Ibrahim

JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang berkolabrasi dengan penjawat awam yang tidak berintegriti dalam beberapa serbuan di Johor dan Putrajaya pada 6 hingga 8 Mac lalu.

Pengarah JSJN Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata JSJN Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Johor telah melancarkan tiga serbuan di sekitar Johor Bahru dan Putrajaya

Menurutnya, dalam operasi itu polis berjaya menahan 10 suspek lelaki warganegara Malaysia berumur lingkungan 33 hingga 49 tahun yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Sembilan daripada suspek yang ditahan adalah penjawat awam yang bertugas di sebuah agensi penguatkuasa di Putrajaya, manakala seorang lagi suspek adalah orang awam yang bekerja sebagai nelayan.

“Dua tangkapan awal oleh JSJN Johor, membawa kepada satu operasi dan berjaya menahan lapan penjawat awam di Putrajaya,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Beliau berkata, modus operandi sindiket berkenaan adalah menjual semula 50 kilogram (kg) dadah yang disyaki syabu yang dirampas dalam satu operasi di perairan Selat Melaka kepada pengedar dadah di kawasan utara semenanjung Malaysia.

“Dadah yang dirampas tersebut cuba di seludup oleh satu sindiket yang bergerak aktif di Banting, Selangor untuk pasaran di Dumai, Indonesia

“Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak pertengahan Februari lalu dan hasil serbuan JSJN berjaya merampas dadah syabu seberat 5.3 kg yang dilanggar bernilai RM193,000,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama 14 hari bermula daripada 7 Mac hingga 20 Mac ini.

Ayob Khan berkata, saringan awal mendapati empat suspek penjawat awam positif dadah jenis methamphetamine dan semakan rekod mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Pelbagai aset juga telah disita yang dianggarkan bernilai RM195,000 termasuk kenderaan dan sebagainya dengan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta adalah RM388,000,” katanya.

Beliau berkata, sindiket pengedaran dadah yang membabitkan penjawat awam itu berkolabrasi dengan sindiket dadah dan mereka merupakan sebahagian daripada pemain penting dalam kitaran aktiviti pengedaran dadah di Malaysia.

“Penglibatan penjawat awam dalam aktiviti pengedaran dadah ini polis tidak akan bertolak ansur dan akan diambil tindakan tegas. Ada yang berpangkat dan anggota lain-lain pangkat.

“Dari utara dadah dibawa ke selatan untuk di seludup ke Indonesia yang mempunyai nilai tinggi. Ini membabitkan imbuhan wang yang besar,” katanya.

Ayob Khan berkata, penjawat awam tidak berintegriti berkenaan yang terbabit dalam operasi rampasan dadah sepatutnya menangkap suspek dan dadah yang dirampas kemudian dimusnahkan.

“Tetapi dadah itu diambil dan dijual antara 10 suspek ini dengan dibahagikan seorang dapat 5kg..itulah aktiviti mereka.

“Polis akan menjalankan siasatan susulan bagi mengenalpasti sama ada terdapat penjawat awam lain yang terbabit dalam sindiket ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here