Permohonan program perguruan, matrikulasi kini dibuka

0
2

PELAJAR lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh membuat permohonan bagi kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Matrikulasi sesi 2022/2023 yang dibuka bermula esok.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu makluman, memberitahu permohonan kemasukan ke PISMP dan Program Matrikulasi berkenaan dibuka selama sebulan bermula 15 Mac hingga 15 April 2022.

“Berita baik untuk semua pelajar lepasan SPM 2021! Permohonan kemasukan ke PISMP dan Program Matrikulasi sesi 2022/2023 kini dibuka bermula 15 Mac 2022.

“Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang: Program Matrikulasi KPM: https://matrikulasi.moe.gov.my dan Institut Pendidikan Guru Malaysia: https://pismp.moe.gov.my,” menurut makluman di laman Facebook rasmi KPM, hari ini.

Menurut KPM, PISMP yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia boleh dimohon oleh lepasan SPM bagi tahun 2019, 2020 dan 2021.

Manakala program-program yang ditawarkan bagi Matrikulasi pula adalah jurusan Sains, Kejuruteraan, Perakaunan dan Perakaunan Profesional. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here