Gempa bumi kuat 6.7 Richter landa Sumatera

0
2

GEMPA bumi kuat 6.7 magnitud melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 5.09 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan, berkata gempa itu berlaku pada kedudukan 89 kilometer (km) barat laut dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 10km.

“Gegaran dirasai di bahagian barat Semenanjung terutama Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu menerusi ciapan di Twitter, MetMalaysia memaklumkan gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter turut melanda Selatan Sumatera pada 5.38 pagi, 79 km dari Siberut, Indonesia.

Gempa bumi itu juga tidak membawa ancaman tsunami kepada negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here