‘Muafakat Nasional tidak lagi sesuai’ – Shamsul Anuar

0
2

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan kerjasama Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) sudah tidak lagi sesuai.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong, berkata hakikatnya Umno tidak pernah berhasrat untuk menguburkan MN namun tindakan PAS yang bermain ‘dua kolam’ menjadi sebab kepincangan berlaku.

“MN memang wadah baik. Namun melihat kepada cara PAS saya tidak nampak ianya (kerjasama dalam MN) sesuai lagi.

“Apapun perlu ikhlas. Main dua kolam masalah lah, sebab itu yang mahu kuburkan MN ni bukan Umno sebenarnya,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook.

Bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa tidak mustahil untuk Umno menamatkan MN selepas Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka.

Muhamad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata, kemenangan BN yang bertanding secara bersendirian semestinya menambahkan keyakinan parti itu untuk terus bergerak secara solo pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“PAS tidak pernah berhasrat untuk menguburkan MN walaupun pemimpin daripada kedua-dua parti kini dilihat sering bertikam lidah.

“Saya nampak kemenangan berturut-turut BN di PRN akan mempercepatkan usaha mereka untuk memacak batu nisan pada MN. Namun PAS sejak awal lagi memang tak mahu tamatkan gagasan itu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here